15 Disember 2016 - 07:47
Menteri Luar Venezuela Alami Kecederaan Setelah Dikasari Polis Argentina

Menurut Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Menteri Luar negaranya, Delcy Rodriguez dilaporkan mengalami kecederaan apabila percubaan beliau untuk menyertai mesyuarat blok Mercosur di Buenos Aires dihalang oleh pihak polis Argentina.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Menteri Luar negaranya, Delcy Rodriguez dilaporkan mengalami kecederaan apabila percubaan beliau untuk menyertai mesyuarat blok Mercosur di Buenos Aires dihalang oleh pihak polis Argentina.

"Menteri Luar, Delcy Rodriguez diserang oleh Polis Argentina. Beliau mengalami kecederaan serius dan kemungkinan tulang selangkanya juga retak," kata Maduro pada hari Rabu.

Beliau juga berkata bahawa menteri tersebut ditolak oleh seorang pegawai polis Argentina sehingga jatuh lantai.

"Kami mengutarakan bantahan keras dan mutlak kami ke atas tindakan pengecut kerajaan Argentina terhadap wanita muda yang bermaruah ini. Beliau mewakili suara rakyat Simon Bolivar," kata Maduro.

Insiden itu berlaku di mesyuarat blok ekonomi Mercusor di Buenos Aires. Rodriguez tiba di ibu kota Argentina itu tanpa sebarang undangan daripada kerajaan Argentina memandangkan keahlian negara yang diwakilinya telah digantung sebelum ini.